Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Februari, 2010

Lambaian Lonek kian terasa ...

Nampaknya kehangatan Program Jejak Budaya 3 kian terasa terutama sekali para pelajar PPISMP. Usaha yang dijalankan telah mula menampakkan hasil terutama dari aspek tajaan seperti banner oleh Wanija Honda (M) Sdn. Bhd., iklan di buku cenderamata oleh Akademik Memandu Kuala Pilah dan Institut Memandu Cott. Selain sumbangan daripada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, nampaknya YBhg. Pengarah IPG Raja Melewar juga sudi meluluskan peruntukan kepada para pelajar. Apa pun persiapan keseluruhan hampir 80% siap dan sebagai penyelaras saya amat terhutang kasih kepada semua pensyarah JPM kerana komitmen yang ditunjukkan iaitu membimbing para pelajar terlibat. Mesyuarat penyelarasan akan diadakan di Balai Raya Kg. Lonek pada 8 Mac, 2010 jam 10.00 pagi.