Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Februari, 2010

Abang Beraim Kak Peah dirawat di KPJ ?

Berita yang boleh dipercayai menyebutkan suami tersayang Pn. Hjh. Rafiah Daud telah menerima rawatan di Hospital KPJ setelah mengadu sakit dada dua hari lepas. Warga JPM mendoakan agar Abang 'Beraim' akan cepat sembuh. Sumber lain menyebutkan Abang Beraim telah keluar hospital pada hari Isnin 22.2.2010 setelah doktor mengesahkan beliau bebas penyakit jantung. Merpati Putih - Semoga Abang Beraim cepat sembuh.