

Seramai 20 orang pelajar PPISMP (Sains) bawah bimbingan Pn. Siti Normaniseh Zakaria membuat latihan amali permainan tradisional Melayu iaitu 'Teng-Teng' dan 'Konda-Kondi' bertempat di Gimnasium IPG Raja Melewar baru-baru ini. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum melaksanakan permainan berkenaan. Pn. Siti Normaniseh yang ditemui memberitahu, sesi latihan ini merupakan sebahagian dari tugasan kumpulan dalam kursus Bahasa Melayu Akademik (Kesenian dan Kebudayaan Melayu). Merpati Putih - Tahniah para pelajar PPISMP.