Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

06 Februari, 2010

Pelajar tunjuk bakat main layang-layang


Sekali pandang, pemandangan di padang bola sepak IPG Raja Melewar bagaikan 'Pesta Layang-Layang'. Sebenarnya, pesta yang dimaksudkan merupakan sesi amali menaikkan layang-layang oleh para pelajar PPISMP (Matematik) pada sabtu lepas. Projek ini merupakan sebahagian daripada kuliah BM Akademik 1 (Keseniaan dan Kebudayaan Melayu) bawah bimbingan Dr. Khairuddin Mohamad. Dari empat layang-layang yang dicipta sendiri oleh para pelajar berkenaan, hanya dua sahaja yang berjaya naik ke udara. Beberapa orang pelajar yang ditemui berpendapat, program seperti ini amat menyeronokan dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar berkenaan. Apapun tahniah kepada semua pelajar PPISMP (Mat) kerana menunjukkan kesungguhan membuat tugasan kumpulan. Merpati Putih - Nak ajar permainan tradisional Melayu lain, seperti konda-kondi dan galah panjang pula.