Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

24 Februari, 2010

Siri Pertama KPKI Mod MBMMBI

Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus akan memulakan siri pertama KPKI Mod MBMMBI pada 2 hingga 4 Mac, 2010 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Kuala Pilah. Seramai 25 orang guru sekolah rendah sekitar daerah Kuala Pilah dijangka menghadiri kursus selama tiga hari tersebut. Fokus pelaksanaan kursus kali ini bertujuan untuk pemantapan tatabahasa dalam kalangan guru-guru bukan opsyen selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Fasilitator terdiri En. Azmi Ayub dan Puan Siti Normaniseh Zakaria dari Jabatan Pengajian Melayu. Merpati Putih - Tahniah kepada En. Azmi dan Pn. Siti Normaniseh kerana terpilih sebagai pensyarah pertama yang akan memulakan siri KPKI ini.