
Aktiviti bergotong-royong memang baik dan banyak faedahnya. Baru-baru ini seramai 22 orang pelajar PPISMP Matematik Semester 2, telah bergotong-royong membungkus 33 buah hamper di bawah seliaan beberapa orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu. Aktiviti ini dijalankan sempena Program Jejak Budaya 3 yang akan berlangsung 26 - 28 Mac, 2010 akan datang ini di Homestay Kampong Lonek. Menurut pensyarah pembimbing bahagian cenderamata Pn. Siti Normaniseh Zakaria berkata, para pelajar didedahkan teknik membungkus hamper yang selama ini begitu asing bagi mereka. "Cara

begini membantu pelajar berjimat-cermat dalam masa yang sama menyemai rasa tanggung jawab dan semangat kerja berpasukan," jelas Pn. Maniseh lagi.
Merpati Putih - Nampaknya kedai jual hamper akan kurang pelanggan, sebab pelajar IPG Raja Melewar dah pandai buat hamper sendiri.