
Warga JPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Unit JPM Dr. Khairuddin Mohamad, atas kejayaan puteri sulungnya dalam peperiksaan SPM 2009 yang diumumkan baru-baru ini, dengan memperoleh 9A. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk meneruskan kecemerlangan anakanda beliau pada masa akan datang. Ketua Jabatan Hjh. Amanah yang ditemui berpendapat bahawa kejayaan anak lazimnya hasil usaha dan pengorbanan ibu dan bapa yang prihatin dan mengambil berat perihal pendidikan anak masing-masing. Warga JPM turut menumpang rasa gembira atas kejayaan Nur Izzati Khairuddin dan berharap menjadi motivasi kepada anak-anak pensyarah JPM yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun 2010.
TAHNIAH Dr, isteri dan anak ! Semoga Nur Izzati Khairuddin akan dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati dengan jayanya.
Tulisan Wartawan Pelatih - Faiz Kg. Daching, Maniseh Z, dan Pak Tam