
Sempena Program Jejak Budaya 3 di Homestay Kg. Lonek, Ketua Kampung yang juga Pengerusi JKKK Kg. Lonek, Hj. Ramli Abd. Hamid telah berkesempatan meraikan kesemua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu bersama keluarga masing-masing di Majlis Makan Tengah hari di kediaman beliau baru-baru ini. Pelbagai lauk-pauk ala kampung telah dihidangkan kepada tetamu dan kemuncak acara ialah majlis memotong ke

k 'Program Jejak Budaya 3' yang disempurnakan oleh para pensyarah diketuai Hjh. Amanah Mohd Noor KJ JPM. Sementara itu, bacaan doa selamat telah disempurnakan oleh En. Mukhtar Darwish sebagai tanda kesyukuran kerana PJB3 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Merpati Putih - Terima kasih semua rakan pensyarah yang sudi ke teratak bapa mentua saya. Menitik ayo mato den dibuek eh ... Camtulah kemesraan orang kampung. Jangan lupa, nangka madu yo ... Kalau berhajat pesan melalui menantu dia.