Gambar bawah kiri - Para peserta sedang mengira jumlah ikan yang berjaya ditangkap, manakala gambar kanan kelihatan Hjh. Asmah bersama Hjh. Amanah dan Hjh. Badariah sedang berusaha menangkap ikan dalam acara mengoca.
Gambar bawah kiri - Sebahagian peserta bersama En. Abd. Rahim sedang menanam pokok pinang semasa aktiviti gotong-royong. Gambar kanan bawah - kelihatan empat pemain bola jaring IPGKRM sedang memperagakan kain pelekat yang wajib dipakai semasa menyertai pertandingan bola jaring.



Gambar bawah kiri - Empat 'gadis' Kampong Lonek sedang memperagakan fesyen kegemaran masing-masing (berkain batik). Manakala gambar kanan memperlihatkan keakraban Hjh. Asmah bersama Hjh. Badariah Pengerusi Homestay KL. Hjh. Badariah merupakan rakan lama Hjh. Asmah semasa berada dibangku sekolah lagi.
Gambar bawah kiri - Lagenda seorang Penggali Kubur Kampong Lonek yang setia dengan cangkul dan parangnya. Tapi tak nampak pun kubur belakang En. Rahim tu ?. Manakala gambar bawah kanan pula menunjukkan para peserta JB3 sedang menaiki lori untuk pulang ke rumah masing. 'Minat amek Ujang dan Milah IPG tu naik lori...Yo lah, kek Soromban mana nak cari ...'