Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

05 Mac, 2010

Majlis Penutupan KPKI Kuala Pilah meriah ..

Selama tiga hari KPKI Mod Bahasa Malaysia peringkat Kuala Pilah berlangsung, pada 4 Mac lalu telah melabuhkan tirainya. Majlis penutupan rasmi dan penyampaian sijil telah disempurnakan En. Kamalnizam Tindek Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah Sektor Kemanusiaan yang mewakili Timbalan PPD Kuala Pilah. Turut hadir Ketua Unit Pengajian Melayu, Dr. Khairuddin Mohamad yang mewakili Ketua Jabatan. Sepanjang KPKI berlangsung para peserta telah didedahkan tentang tajuk 'Pemantapan Tatabahasa' yang telah disampaikan oleh tiga pensyarah JPM, iaitu Hjh. Rafiah Daud, En. Azmi Ayub dan Pn. Siti Normaniseh. Hadir sama Penyelaras KPKI Pn. Faiziah Shamsuddin dan Penyelaras LPS En. Abd. Rahim Ismail.