Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

03 Mac, 2010

JPM diberi penghormatan guna galeri pameran

Jabatan Pengajian Melayu telah diberi perhormatan sebagai jabatan pertama mempamerkan hasil kerja pelajar di Galeri Pameran IPG Kampus Raja Melewar bersebelahan pejabat pentadbiran aras bawah blok A. Pameran diadakan sempena lawatan rasmi Rektor IPG Induk YBhg. Datuk Dr. Haili Dolhan dan timbalannya Dr. Amin Senin ke IPG Kampus Raja Melewar pada 4 Mac, 2010.