
Sempena majlis perkahwinan anakanda YM Pn. Hjh. Raja Rohana Raja Ishak baru-baru ini, warga JPM telah bermurah hati menyampaikan cenderamata kenangan kepada beliau. Upacara ringkas telah disempurnakan oleh KJ Jabatan Pengajian Melayu Hjh. Amanah Mohd. Noor bertempat di Bilik Pensyarah JPM Aras 1 Blok B. Bagi pihak warga JPM, saya merakamkan ucapan tahniah kepada YM Pn. Hjh. Raja Rohana dan berdoa agar cepat menimang cucu.