Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

09 Mac, 2010

Mesyuarat Segi Tiga KPKI berjalan lancar ...

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan KPKI antara wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat Johor dan IPG Kampus Raja Melewar baru-baru ini telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah diwakili oleh Pn. Ramona Rosli selaku Penyelaras MBMBI, En. Saharudin Md. Bahar, Cik Siti Saleha Abd. Rahim dan Puan Intan Sharina Mohd. Amin. Manakala IPG Raja Melewar diwakili KU LDP Pn. Zanariah Sipon, Pn. Zaleha Endut, Pn. Firuzzah, Pn. Faiziah Shamsudin dan En. Rahim Ismail. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Khairuddin Mohamad, Ketua Unit Pengajian Melayu. Penyelaras KPKI Pn. Faiziah Shamsudin berkata, pihaknya sedang menimbangkan rayuan pihak JPNS untuk mendapatkan penganjuran tambahan kursus Didik Hibur untuk guru-guru di Negeri Sembilan. Hadir sama En. Kuna wakil Pejabat Pendidikan daerah Segamat, Johor.