Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

23 Mac, 2010

KPKI Siri 2 di SMK Raja Jumaat Port Dickson

Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus akan meneruskan siri penjelajahan siri kedua KPKI, Mod MBMMBI pada 23 hingga 25 Mac, 2010 bertempat di SMK Raja Jumaat, Port Dickson. Seramai 25 orang guru sekolah rendah sekitar daerah Port Dickson dijangka menghadiri kursus selama tiga hari. Fokus KPKI kali ini menumpukan kepada kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Malaysia. Fasilitator terdiri Pn. Rosaini Khalid, Dr. Hjh. Maridah Alias dan Pn. Hjh. Mariam Che Latt dari Jabatan Pengajian Melayu. Program dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ini merupakan sebahagian dari program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris.
Merpati Putih - Tahniah kepada Kak Yam, Kak Ros dan Dr. Maridah.