Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

17 Mac, 2010

Ceramah Pengisahan Za'ba ... PPISMP (BM) wakili IPG Raja Melewar

Semangat juangnya kental... pemikirannya tajam... dan pandangannya jauh ke hadapan... Itulah antara lontaran kata-kata paling tepat untuk menjelaskan ciri insan istimewa itu, Allahyarham Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad atau Pendeta Za’ba. Ungkapan oleh Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Hj. Kachar itu masih terngiang-ngiang di telinga apabila beliau dengan penuh semangat menyampaikan Ceramah Pengisahan Za’ba dalam Program Titipan Za’ba 2010, di Teratak Za’ba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir. Za’ba seorang insan yang istimewa! Begitu juga pelajar Unit PPISMP (BM/PJ/KS) Semester 2 turut menjadi insan istimewa kerana terpilih dan berpeluang untuk menghadiri majlis perasmian program tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Besar N. Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Muhammad bin Haji Hassan. Sumber Berita : Laman Blog Mei Lob.