Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

17 Mac, 2010

KPKI Siri 1 di PKG Tg. Ipoh meriah ...

Sebahagian peserta KPKI siri pertama anjuran Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana dapat mengikuti kursus yang julung kalinya di Pusat Kegitan Guru, Tg. Ipoh baru-baru ini. Tajuk KPKI ialah 'Tatabahasa Bahasa Malaysia' telah disampaikan oleh tiga orang pensyarah iaitu Pn. Hjh. Rafiah Daud, En. Azmi Ayub dan Pn. Siti Normaniseh. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan En. Kamalnizam Tindek, Pen. Pegawai Pelajaran Sektor Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Kuala Pilah. Hadir sama Ketua Unit Pengajian Melayu, Dr. Khairuddin Mohamad, Penyelaras KPKI Pn. Faiziah Shamsuddin dan Penyelaras LPS En. Abd. Rahim Ismail.