Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

07 April, 2010

Didik Hibur dan Dr. K Terbang ke Bumi Kenyalang


Warga JPM mengucapkan syabas kepada Ketua Unit JPM Dr. Khairuddin Mohamad kerana terpilih membentangkan modul KPKI Mod MBM Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa Malaysia kepada semua Ketua Jabatan IPG Sabah dan Sarawak di Bumi Kenyalang. Ketika ditemui Dr. K memaklumkan beliau akan terbang pada pagi esok (Khamis 8 April 2010) dan slot pembentangan akan berlangsung pada waktu malamnya. Pembentangan diadakan di Merdeka Palace Hotel di Kuching, Sarawak. Selain Didik Hibur Dr. K juga diberi kepercayaan membentangkan modul Seni dalam Pengajaran Bahasa Malaysia kepada para pensyarah di IPG berkenaan. Ketua Jabatan, Pn. Hajah Amanah Mohd Noor serta warga JPM mendoakan semoga Dr. K dapat melaksanakan tanggungjawab dengan tenang dan jayanya. Menurut beliau kejayaan Dr. K menjadi tempias juga kepada kejayaan JPM. Tahniah Dr. K. Buktikanlah anda memang HEBAT!
Setiausaha JPM: Dr, kami tak nak gambir kami nak kek Sarawak ye.....