

Saya kagum dengan komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan semua KJ dari IPG Sabah dan Sarawak semasa saya menyampaikan taklimat pelaksanaan Modul Kursus Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa Malaysia sempena Mesyuarat Induksi Modul Latihan Guru Bahasa Malaysia bagi IPG Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Dalam majlis tersebut, saya turut menyampaikan taklimat bagi kursus Seni dalam Pengajaran Bahasa Malaysia mewakili Dr. Maridah Alias. Tahniah dari saya dan tuan/puan memang hebat. Memetik kata-kata En. Mohamad Musip dari IPG Kampus Perempuan Melayu, "Perjuangan kita sama, cuma lautan sahaja yang memisahkan kita". Terima kasih. Merpati Putih - Semasa datang beg kosong, bila balik beg penuh dengan kek Sarawak dan Terubuk Masin.