



Pada 13 hingga 15 April 2010, 'Didik hibur' sekali akan berkelana selepas bosnya ke Sarawak minggu lepas. Kali ini ke negeri Johor Darul Takzim negeri kelahiran 'Merpati Putih'. Tempat KPKI kali ini di Bilik Gerakan, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abd. Rahman, Segamat, Johor. Team Didik Hibur dianggotai para pensyarah yang hebat-hebat belaka iaitu En. Azmi Ayub, En. Abd. Rahim Ismail, Pn. Faiziah Shamsudin dan Dr. Khairuddin Mohamad. Difahamkan pihak Pejabat Pelajaran Daerah Segamat telah menyediakan seramai 25 orang bagi tujuan KPKI kali ini. Apapun kepada semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu yang terlibat diucapkan "Selamat Berjuang Hingga Titisan Darah Terakhir".