



Gegaran "Didik Hibur" semarak lagi dan kali ini di bandar Segamat, Johor Darul Takzim. Kontinjen fasilitator yang diketuai Dr. Khairuddin Mohamad telah melaksanakan KPKI Mod MBM dengan tajuk Kreativiti Didik Hibur dalam P dan P Bahasa Melayu dengan jayanya. Sambutan yang diberikan oleh para peserta amat baik dan luar jangkaan kerana rata-rata para peserta sangat berpuas hati dan tertarik dengan kursus yang dilaksanakan selama 3 hari di SK Temenggong Abd. Rahman, Segamat, Johor. Kursus yang bermula pada 13 April hingga 15 April ini disertai oleh 25 orang guru yang dipilih dari sekolah-sekolah sekitar daerah Segamat. Selain itu, kursus ini turut diikuti dan dipantau sepenuhnya oleh En. Hamsani dari Jabatan Pelajaran Johor, En. Kunagalinggam Pegawai Bahasa PPD Segamat dan Tuan Haji Omar Sualaiman Guru Cemerlang JPNJ. Menurut Cikgu Rosli selaku 'penghulu' peserta kursus kali ini menyatakan semua peserta berharap agar kursus ini dapat dilanjutkan lagi kerana guru-guru berpendapat kursus ini amat menarik dan bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Tambahan pula, mereka turut dapat mempelajari teknik pernafasan yang betul, teknik membaca dialog, bercerita tanpa dialog, nyanyian dan lain-lain lagi. Warga JPM mengucapkan tahniah kepada para fasilitator dan berharap kursus-kursus seterusnya dapat dilaksanakan lebih hebat lagi atau setidak-tidaknya sama taraf dengan kursus di Segamat ini. Sayang Iz: Terharu kerana Didik Hibur pertemukan semula sahabat seperjuangan yang terpisah sepuluh tahun yang lalu.