Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

18 April, 2010

KPKI siri 4, 20 hingga 22 April di LDP


KPKI kali ke-4 telah diadakan di bilik seminar, Kompleks LDP pada 20 hingga 23 April, 2010 bertajuk e-kamus dalam P&P Bahasa Malaysia. Team kali ini akan diketuai oleh En. Mukhtar Darwish dan dibantu oleh beberapa orang pensyarah JPM terdiri En. Azmi Ayub, En. Abd. Rahim Ismail, Pn. Faiziah Shamsudin dan Dr. Khairuddin Mohamad. Dua kertas konsep akan dibentangkan oleh En. Mukhar iaitu 'e-learning dan engin pencari' serta 'pemilihan bahan e-learning dalam pengajaran BM'. Sejarah dan jenis kamus akan dibentangkan oleh En. Azmi Ayub manakala Dr. Khairuddin Mohamad akan membentangkan kertas konsep bertajuk 'Aplikasi program citcat, e-kamus DBP dan laman blog sebagai kaedah alternatif e-learning dalam pengajaran BM'. En. Ab. Rahim Ismail akan mengendalikan slot 'Jentik Minda' manakala Pn. Faiziah Shamsudin sebagai urusetia kursus. Melibat seramai 25 orang peserta terdiri guru-guru sekolah rendah daerah Seremban. Apa pun, 'Selamat Berkursus' kepada semua yang terlibat.