



Tanggal 9 April 2010 merupakan tarikh keramat kepada Ketua Jabatan JPM kerana hari ini genaplah usia beliau setengah abad. Namun apa yang kami kagumi, keanggunan, kesihatan dan sentiasa dalam keceriaan yang beliau pamerkan seolah-olah membayangkan usianya baru separuh daripada usia sebenarnya. Warga JPM mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR BOS' dan kami mendoakan semoga Pn. Hajah Amanah Mohd. Noor sentiasa sihat, panjang umur, dimurahkan lagi rezeki dan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT, bahagia di samping keluarga yang tercinta. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada KJ atas jamuan kek hari jadi keluaran 'twinbakies' yang lazat.
Sayang Iz: Kekadang takut jugak bila tengok KJ 'bad mood'.