Majlis taklimat para pelajar GSTT Major Bahasa Melayu bersama-sama pensyarah Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan pada 12 Januari 2012 di bilik kuliah aras 2 blok A. Tujuan program adalah untuk memperkenalkan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu kepada para pelajar berkenaan di samping bersoal jawab tentang permasalahan akademik dan projek luar jabatan. Turut hadir Ketua jabatan Dr. Maridah Alias. Warga JPM merakamkan tahniah dan syabas kepada 19 orang pelajar berkenaan kerana terpilih mengikuti pengajian di IPG Kampus Raja Melewar.