Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

30 Januari, 2012

Dr. Faridah Nazir dilantik sebagai ketua unit baharu


Dr. Faridah Nazir dilantik sebagai Ketua Unit Pengajian Melayu berkuatkuasa 1 Januari 2012 lalu. Beliau menggantikan Dr. Khairuddin Mohamad yang bertukar ke jawatan baharu iaitu sebagai Setiausaha Akademik Jabatan Pengajian Melayu. Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Dr. Maridah Alias mengumumkan perkembangan tersebut dalam mesyuarat JPM kali pertama baru-baru ini. Dr. Faridah lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Warga JPM mengalu-alukan perlantikan Dr. Faridah Nazir sebagai Ketua Unit yang baharu.