Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

30 Januari, 2012

Hjh. Amanah dianugerahi ANS


Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Hjh. Amanah Mohd. Noor mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang dikurniakan pingat ‘Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS), sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang berlangsung di Balairong Seri Istana Besar Sri Menanti baru-baru ini. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada beliau dan keluarga.