Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

07 April, 2012

Araca mengoca ikan meriahkan hari terakhir JB5

Mengoca ikan di sawah merupakan acara terakhir Program Jejak Budaya 5. Pada acara ini 109 guru pelatih berpeluang merasai sendiri pengalaman menangkap ikan dengan menggunakan tangan. Pelbagai gelagat berjaya dirakamkan oleh krew Blog JPM. Apapun acara ini telah mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih pelbagai kaum di samping kerja secara berpasukan untuk menjuarai pertandingan mengoca ini yang menawarkan hadiah menarik tajaan pelbagai pihak.