Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

08 April, 2012

Persembahan Budaya 1Malaysia serikan JB5

Keunikan budaya 1 Malaysia berjaya diterjemahkan oleh semua guru pelatih yang menyertai Program Jejak Budaya 5 pada 23 hingga 25 Mac baru-baru ini. Tidak kurang sepuluh persembahan budaya pelbagai kaum dipersembah dan berjaya memukau kira-kira 1,000 penonton terdiri penduduk kampung, para pensyarah dan ibu bapa angkat di Dewan Homestay Lonek. Antara acara yang mencuit hati ialah Tarian Kipas dan Tarian Rampai oleh guru pelatih Unit Pemulihan Bahasa Cina, Tarian Zapin Johor pelbagai rentak yang dipersembahkan oleh Unit PSV, Tarian Semazau oleh unit PJK dan Makyong oleh unit Pra Sekolah.