Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

08 April, 2012

Pengarah IPGKRM sempurnakan majlis penutupan KPKI

Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Tuan Hj. Musa Abdullah telah menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi KPKI Kreativiti Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Bilik Seminar Unit LDP baru-baru ini. Turut hadir En. Rosni Pilus PPPD Seremban dan En. Azmi Ayub Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Kursus selama tiga hari itu melibatkan seramai 25 orang guru sekolah rendah sekitar daerah Seremban, telah didedahkan dengan pelbagai teknik P&P menggunakan nyanyian, lakonan, bercerita dan berpantun yang disampaikan oleh tiga orang fasilitator terdiri Dr. Khairuddin Mohamad, En. Abd. Rahim Ismail dan Pn. Faiziah Shamsudin.