Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

08 April, 2012

Anak kelahiran Gemencheh NS terajui JPM


En. Azmi Ayub telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu berkuatkuasa 1 April 2012 menggantikan Dr. Maridah Alias. Berkelulusan Sarjana Sastera Bahasa Melayu dari UPM ini berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Pengakap KLM 14 IPG Kampus Raja Melewar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Azmi Ayub dan krew blogger JPM yakin dan percaya bahawa JPM akan gemilang, cemerlang dan terbilang di persada dunia di bawah pimpinan beliau.