Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Julai, 2010

Majlis Perpisahan Bersama Pengarah

Jabatan Pengajian Melayu akan menganjurkan majlis yang tersebut di atas pada 2 Ogos 2010 bertempat di Kelana Resort Seremban. Majlis yang dianjurkan khusus meraikan persaraan Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar Hjh. Asmah Yahya itu akan disertai semua pensyarah JPM. Pelbagai acara telah disusun atur antaranya pengisahan Hjh. Asmah bersama warga JPM sejak 2008 hingga kini.