Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Julai, 2010

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan

JPM dengan kerjasama Kelab Bahasa Melayu akan menganjurkan pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan kali ke-3 pada 26 & 28 Julai akan datang ini. Pengarah Projek Saudara Fatah yang dihubungi berkata, pertandingan kali ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar institut dan para pemenang tempat pertama hingga ke-4 akan menerima hadiah yang disediakan di samping akan mewakili IPG Raja Melewar ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan Ogos di Panggung Budaya, Seremban. Para pelajar IPG Raja Melewar yang berminat boleh berhubung terus Saudara Fatah di talian 012-4519881.