Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

26 Ogos, 2010

Dr. Maridah terajui JPM

Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar akan mendapat Ketua Jabatan yang baru tidak lama lagi. Beliau ialah Dr. Maridah Alias yang akan menggantikan Hjh. Amanah Mohd. Noor yang telah dilantik ke jawatan pensyarah kanan DG 52 (M). Dr. Maridah yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu dari Universiti Putra Malaysia merupakan pensyarah berpengalaman terutama hal berhubungkait dengan MQA. Pengumuman perlantikan beliau telah dibuat oleh Hjh. Amanah Mohd. Noor dalam satu majlis ringkas di JPM baru-baru ini. Warga JPM mengalu-alukan perlantikan Dr. Maridah Alias dan yakin beliau akan dapat membawa JPM ke peringkat yang lebih gemilang, cemerlang dan terbilang pada tahun-tahun akan datang. Manakala jawatan Ketua Unit masih disandang oleh KU sedia ada iaitu Dr. Khairuddin Mohamad.