Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

26 Ogos, 2010

Mesyuarat pertama JK Bulan Bahasa Kebangsaan



Jabatan Pengajian Melayu akan menjadi tuan rumah Program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat institut tahun 2010. Program dijangka berlangsung secara berperingkat pada bulan Oktober itu akan turut menyaksikan penglibatan sepenuhnya Kelab Bahasa Melayu yang akan menjadi pengerak dan mengurus beberapa aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang dijangka hebat adalah Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan yang akan diadakan pada 20 Oktober 2010 bertempat di Balai Kerapatan. Antara aktiviti yang telah dirangka sempena karnival sehari itu adalah seperti Pertandingan Pidato, Mendeklamasi Sajak, Bercerita dan Eja Perkataan yang akan disertai sekolah-sekolah rendah daerah Seremban. Mesyuarat penyelarasan telah diadakan baru-baru ini dan telah dipengerusikan Penyelaras 1 BBK Dr. Maria Mansor. Hadir sama Hjh. Amanah Mohd. Noor, para pensyarah JPM, AJK Kelab Bahasa Melayu serta pelajar PPISMP Sem. 3 Unit Bahasa Melayu.