Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

17 Mac, 2010

Kata Aluan MB dalam Buku Cenderamata Jejak Budaya 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Syabas dan tahniah diucapkan kepada IPG Kampus Raja Melewar, Seremban kerana berjaya melaksanakan Program Jejak Budaya 3 di Homestay Kampong Lonek, Batu Kikir selama tiga tahun berturut-turut. Bagi pihak kerajaan negeri, saya menyokong penuh program yang dijalankan dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak institut kerana memilih Negeri Sembilan sebagai lokasi kajian. Perkembangan teknologi yang begitu pentas dewasa ini menyebabkan sebilangan generasi muda kurang berminat mendalami kebudayaan tradisional. Justeru, program ini dilihat berupaya menjadi wadah yang besar bukan hanya dalam pembentukan sahsiah bakal-bakal guru, malah dapat menghidupkan kembali budaya yang telah mula dilupakan. Dalam usaha memperkenalkan Negeri Sembilan amnya dan Bongai serta Berendoi khasnya, penglibatan pelajar dari pelbagai negeri dan berbilang latar belakang budaya diharap mampu mengembangkan ilmu dan pengetahuan dalam aspek budaya tradisi apabila mereka ditempatkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah nanti. Akhir kata, selamat menghayati keindahan seni tradisi Melayu lama 'Bongai' dan 'Berendoi' serta menyelam budaya hidup masyarakat Negeri Sembilan -
YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN